IAB Institutional Repository

Takrif Kepimpinan, Ciri - Ciri Pemimpin Dan Motivasi Untuk Memimpin Menurut Sudut Pandang Pemimpin Wanita Akar Umbi

Ibrahim, Rozita and Hasan, Muhammad Rahimi and Abdul Hamid, Bahiyah Takrif Kepimpinan, Ciri - Ciri Pemimpin Dan Motivasi Untuk Memimpin Menurut Sudut Pandang Pemimpin Wanita Akar Umbi. Takrif Kepimpinan, Ciri - Ciri Pemimpin Dan Motivasi Untuk Memimpin Menurut Sudut Pandang Pemimpin Wanita Akar Umbi.

[img] PDF
Download (198kB)

Abstract

Penemuan terkini dalam penyelidikan kepimpinan yang dijalankan oleh para sarjana daripada pelbagai latar belakang budaya melaporkan dapatan yang bersifat spesifik kepada konteks, selain perbezaan gaya kepimpinan mengikut garisan gender. Di Malaysia sendiri telah banyak kajian tentang kepemimpinan dijalankan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelompongan dalam penyelidikan mengenai kepimpinan wanita, terutamanya di peringkat akar umbi. Bertunjangkan premis di atas, kajian telah dijalankan bertujuan untuk mendalami pengalaman kepimpinan dalam kalangan pemimpin wanita peringkat akar umbi. Artikel ini melaporkan dapatan temu bual kumpulan fokus yang disertai sekumpulan pemimpin wanita peringkat akar umbi. Tujuan temu bual kumpulan fokus tersebut adalah untuk memahami latar belakang dan sudut pandang responden tentang kepimpinan, berdasarkan pengalaman peribadi yang dikisahkan sendiri oleh mereka. Secara khusus, responden berkongsi pandangan mengenai definisi kepimpinan, ciri-ciri pemimpin ideal, motivasi atau pendorong untuk menjadi pemimpin dan pendekatan terbaik untuk melatih sekali gus memperkasa para pemimpin wanita akar umbi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan; pemimpin akar umbi; kepimpinan wanita; pemerkasaan wanita
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 21 Apr 2025 02:38
Last Modified: 21 Apr 2025 02:38
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1600

Actions (login required)

View Item View Item