IAB Institutional Repository

Pendidikan MADANI ke arah kelestarian pembangunan

Talib, Nor Zanariah and Mohamed Naim, Alias and Abdul Rahim, Hazura (2023) Pendidikan MADANI ke arah kelestarian pembangunan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (2). pp. 32-43.

[img] PDF
Download (392kB)

Abstract

Pendidikan MADANI adalah suatu bidang baharu yang diketengahkan bagi memenuhi tuntutan situasi semasa dan keperluan pembangunan lestari dari segi pemikiran, spiritual dan kebendaan. Oleh itu, penulisan ini cuba mempromosikan idea besar sebagaimana yang diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim berkaitan membangun negara MADANI dengan memberi lebih tumpuan kepada bidang pendidikan. Latar belakang perubahan situasi dunia yang menjadi anteseden kepada tercetusnya idea MADANI dikupas serba ringkas dalam penulisan ini bagi memberi sedikit gambaran tentang senario yang berlaku sehingga membawa kita ke zaman pascanormal hari ini. Enam nilai teras kepada agenda untuk mengemudi negara di era pascanormal yang serba rumit, bercanggah dan penuh kekacauan ini dikaji dan dihuraikan satu persatu iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Akhir sekali, penulis membincangkan MADANI dalam pendidikan sebagai wadah bagi membina masyarakat yang adil dan masa hadapan Malaysia yang maju tanpa mengabaikan soal adab dan pembinaan karakter.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendidikan, Nilai teras MADANI, Manusiawi, Karamah Insaniah, Kelestarian pembangunan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 17 Jul 2025 06:58
Last Modified: 17 Jul 2025 06:58
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1613

Actions (login required)

View Item View Item