IAB Institutional Repository

Instrumen penilaian kualiti pengajaran menti: Analisis faktor pengesahan

Mat Talha, Nor’ain and Mohd Nor, Norazana and Mudayat, Nurul Aini and Ishak, Zahari (2023) Instrumen penilaian kualiti pengajaran menti: Analisis faktor pengesahan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (2). pp. 24-31.

[img] PDF
Download (273kB)

Abstract

Artikel ini adalah berfokus untuk menentukan kesahan konstruk bagi kualiti pengajaran menti. Instrumen kualiti pengajaran diadaptasi daripada Matriks Bimbingan Guru yang digunakan oleh SISC+ semasa bimbingan dijalankan. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang mempunyai 4 subkonstruk iaitu Perancangan, Penyampaian, Penilaian dan Semakan. Sampel kajian terdiri daripada 261 guru yang dibimbing oleh SISC+ dari 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For the Social Science (SPSS) dan Analysis of Moment Structures (AMOS). Analisis Faktor Pengesahan menunjukkan bahawa empat subkonstruk kualiti pengajaran menti yang diuji adalah sepadan dengan data kajian (RMSEA=0.062, CFI=0.972, CLI=0.963). Kesahan konvergen dan kebolehpercayaan komposit telah dipenuhi dalam kajian ini (muatan faktor > 0.5, AVE > 0.5, CR > 0.7). Oleh itu, instrumen ini adalah sah dan dipercayai kerana ia mampu mengukur kualiti pengajaran menti dengan baik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis Pengesahan Faktor, Kesahan Konstruk, Mentor, Menti, SISC+, Kualiti Pengajaran, Matriks Bimbingan Guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 17 Jul 2025 06:57
Last Modified: 17 Jul 2025 06:57
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1614

Actions (login required)

View Item View Item