Yusof, Mat Rahimi and Ibrahim, Mohd Yusri and Syariff M.Fuad, Dayang Rafidah and Samichan, Aziah and Don, Yahya (2023) Revolusi Digital: Membangun horizon baharu kepimpinan pendidikan melalui pengalaman teknologi dan literasi digital. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (2). pp. 13-23.
![]() |
PDF
Download (392kB) |
Abstract
Perkembangan teknologi digital telah mencetuskan revolusi baharu dalam kepimpinan pendidikan. Ditambah lagi dengan keupayaan teknologi kecerdasan buatan yang mampu menyaingi kepintaran manusia turut mencabar pemimpin pendidikan untuk turut sama mengaplikasikannya dalam praktik kepimpinan. Malangnya, terdapat rungutan yang mengatakan mereka tidak konsisten menggunakan platform digital dalam pentadbiran. Justeru, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengalaman teknologi dan literasi digital terhadap kepimpinan digital pemimpin pendidikan. Sebanyak 1878 soal selidik diterima untuk dianalisis berbantukan perisian SEM AMOS. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana dan lemah antara pengalaman teknologi dan literasi digital terhadap kepimpinan digital pemimpin pendidikan dengan nilai korelasi masing-masing (r = 0.541) dan (r = 0.133). Selain itu, literasi digital dan pengalaman teknologi adalah peramal yang signifikan terhadap kepimpinan digital. Sebanyak 29.4% varians dalam kepimpinan digital disumbangkan oleh pengalaman teknologi dan literasi digital. Diharapkan dapatan kajian ini menjadi titik permulaan kepada pemimpin pendidikan merangka program ke arah melahirkan generasi fasih digital. Bagi memantapkan lagi dapatan kajian, dicadangkan kajian lanjutan dilakukan bagi meniliti faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kepimpinan digital.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kepimpinan digital, Literasi digital; Pengalaman teknologi; Fasih digital. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 17 Jul 2025 06:57 |
Last Modified: | 17 Jul 2025 06:57 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1615 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |