IAB Institutional Repository

Kemahiran Interpersonal dan Kepimpinan Berkesan: Analisis Kompetensi Pendidikan dalam Pengurusan Sekolah

Omar, Rosmaria and Hamzah, Norliza (2025) Kemahiran Interpersonal dan Kepimpinan Berkesan: Analisis Kompetensi Pendidikan dalam Pengurusan Sekolah. ANP Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (1). pp. 61-68. ISSN ISSN 2773-482X eISSN 2785-8863

[img] PDF
Download (400kB)

Abstract

Kepimpinan dan kemahiran interpersonal merupakan elemen penting dalam pengurusan pendidikan yang berkesan. Kertas konsep ini membincangkan aspek kompetensi kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran interpersonal dan pengurusan organisasi pendidikan. Perbincangan merangkumi analisis literatur sedia ada mengenai keberkesanan konsep kepimpinan dan kemahiran interpersonal dalam kalangan pemimpin sekolah, dengan memberi fokus kepada manfaat, isu semasa serta cabaran yang dihadapi dalam bidang pendidikan. Pada masa yang sama, aplikasi kaedah TLAN telah dikenalpasti sebagai pendekatan sistematik dalam meningkatkan kompetensi kepimpinan dan strategi kepada pemimpin bagi memperkukuhkan pengurusan organisasi.Perbincangan merangkumi analisis literatur sedia ada mengenai keberkesanan konsep kepimpinan dan kemahiran interpersonal dalam kalangan pemimpin sekolah, dengan memberi Rangka kerja teoretikal yang dicadangkan adalah berdasarkan Teori Kepimpinan Transformasional oleh James MacGregor Burns untuk membimbing pemahaman tentang kompetensi kepimpinan dalam aspek pemikiran strategik, ciri-ciri kepemimpinan, tindakan pengurusan, dan jaringan sosial. Secara khususnya, kertas konsep ini menganalisis aspek peningkatan prestasi organisasi dan pemantapan kualiti kepimpinan di sekolah melalui pembangunan kompetensi pemimpin. Hasil perbincangan ini diharap dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kompetensi kepimpinan dalam pengurusan pendidikan dan pembangunan strategi yang berkesan untuk mencapai kecemerlangan organisasi pendidikan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Interpersonal, Teori Kepimpinan Transformasional, Pengurusan Sekolah, Kaedah TLAN, Cabaran Dan Isu Dalam Kepimpinan, Kompetensi Pendidikan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 21 Aug 2025 07:57
Last Modified: 21 Aug 2025 07:57
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1648

Actions (login required)

View Item View Item