IAB Institutional Repository

PENILAIAN PROGRAM LATIHAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI: SATU TINJAUAN TERHADAP PROGRAM NPQH KOHORT 9/2005

Rohaya , Hassan and Rosnarizah , Abdul Halim and Shariffah Sebran Jamila , Syed Imam (2006) PENILAIAN PROGRAM LATIHAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI: SATU TINJAUAN TERHADAP PROGRAM NPQH KOHORT 9/2005. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006. pp. 29-36. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (380kB) | Preview

Abstract

Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (National Professional Qualification for Headship) atau lebih dikenali sebagai NPQH merupakan satu latihan dalam perkhidmatan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan Institut Aminuddin Baki (IAB). Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 1 Jun 1999. Kepentingan program ini diperkukuhkan lagi dalam Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran pada tahun 2000 di mana Y.B. Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa semua bakal pengetua dan guru besar akan melalui proses taksiran dan menjalani kursus NPQH sebagai kursus persediaan sebelum dilantik menjawat jawatan tersebut. Selain itu, Minit Mesyurat Memperkasakan SK dan Sekolah Agama Rakyat Bil. 9/2003 bertarikh 15 Oktober 2003 menyatakan bahawa syarat-syarat kenaikan pangkat mesti mengambilkira kebolehan dan kecekapan di samping latihan yang diikuti oleh calon-calon. Sehingga tahun 2005, IAB telah melatih seramai 1,346 orang peserta manakala ambilan tahun 2006 adalah seramai 172 orang. Peserta-peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dengan gred jawatan DGA 32 dan DGA 29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG 41 dan DG 44 yang terdiri dari mereka yang mempunyai ljazah Sarjana Muda dan ljazah Sarjana. Daripada jumlah yang telah dilatih, seramai 414 graduan NPQH telah dilantik dan ditempatkan ke jawatan pengurusan mengikut gred masing-masing iaitu 193 orang bagi PPPLD dan 221 orang PPPS.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: penilaian program latihan, program NPQH
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 20 Jun 2013 08:07
Last Modified: 20 Jun 2013 08:07
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/165

Actions (login required)

View Item View Item