Hubungan antara Amalan Kepimpinan Instruksional dan Motivasi Kerja Guru TVET - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Hubungan antara Amalan Kepimpinan Instruksional dan Motivasi Kerja Guru TVET

Ahmad, Zanariah and Shafri, Fatin (2025) Hubungan antara Amalan Kepimpinan Instruksional dan Motivasi Kerja Guru TVET. RESEARCH AND INNOVATION IN TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING, 5 (1). pp. 153-162. ISSN e-ISSN: 2785-8138

[img] PDF
Download (507kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dan motivasi kerja guru dalam konteks Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kajian ini didasarkan pada teori keperluan motivasi McClelland (1978) yang menekankan keperluan untuk pencapaian, kuasa dan afiliasi untuk meneroka komponen kepimpinan instruksional yang mempengaruhi motivasi guru. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional yang diamalkan pengetua, mengenalpasti tahap motivasi kerja dalam kalangan guru TVET dan mengenalpasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini. Kajian ini dijalankan di sekolah menengah di daerah Batu Pahat, Johor melibatkan 246 responden yang mengajar mata pelajaran berkaitan TVET. Keputusan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan motivasi kerja guru TVET. Secara khusus, dimensi penyediaan sumber instruksional dan pelaksanaan kurikulum menunjukkan korelasi yang kuat dengan motivasi kerja guru. Hasilkajian ini dijangka memberikan pandangan yang bernilai untuk pentadbir pendidikan, membantu meningkatkan keberkesanan kepimpinan dan menyokong pembangunan profesional guru. Akhirnya, penambahbaikan ini dijangka memberi kesan positif kepada motivasi guru, prestasi pelajar dan kejayaan keseluruhan institusi pendidikan. Panjang abstrak boleh berkaitan dengan panjang artikel.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan instruksional, TVET, motivasi guru, teori McClelland
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 25 Jun 2026 02:56
Last Modified: 25 Jun 2026 02:56
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1672

Actions (login required)

View Item View Item