Kesediaan Guru Pendidikan Islam Daerah Petaling Perdana Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Kesediaan Guru Pendidikan Islam Daerah Petaling Perdana Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)

Mohamed Yusof, RushihaIrina and Othman, Mohd Syaubari (2025) Kesediaan Guru Pendidikan Islam Daerah Petaling Perdana Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). ATTARBAWIY : Malaysian Online Journal of Education, 9 (1). pp. 28-42. ISSN 2600-7622

[img] PDF
Download (366kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai kesediaan Guru Pendidikan Islam di daerah Petaling Perdana dalam melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berdasarkan empat aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap, dan motivasi. Kajian ini juga mengkaji hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan di antara sikap dan motivasi dalam kalangan guru-guru tersebut. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini melalui kaedah tinjauan melibatkan 294 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berasaskan skala Likert 5. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dalam elemen pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi adalah tinggi, dan min terendah bagi kesemua aspek ini adalah tahap kemahiran guru dengan nilai min 4.05. Hasil kajian menunjukkan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana terutamanya melibatkan kemahiran menggunakan alat bantu digital, penggunaan komputer dalam penyediaan bahan bantu mengajar, dan pengelolaan aktiviti berasaskan PAK21. Aspek hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran, sikap dan motivasi adalah signifikan dan kuat. Kajian ini mencadangkan agar program latihan dan pembangunan profesionalisme guru ditingkatkan untuk memperkukuh penguasaan PAK21 secara holistik, untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam proses pembelajarandan pemudahcaraan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PembelajaranAbad ke-21,kemahiran, sikap, motivasi,pengetahuan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 25 Jun 2026 02:50
Last Modified: 25 Jun 2026 02:50
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1673

Actions (login required)

View Item View Item