Kesediaan guru dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pembelajaran terbeza pendidikan islam di sekolah rendah - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Kesediaan guru dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pembelajaran terbeza pendidikan islam di sekolah rendah

Hamzah, Noraini and Zulkifli, Hafizhah (2025) Kesediaan guru dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pembelajaran terbeza pendidikan islam di sekolah rendah. ATTARBAWIY : Malaysian Online Journal of Education, 9 (2). pp. 55-66. ISSN 26007622

[img] PDF
Download (351kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap kesediaan guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) sebagai sokongan kepada pelaksanaan pembelajaran terbeza yang melibatkan empat komponen utama iaitu kandungan, proses, persekitaran dan produk pembelajaran. AI menawarkan keupayaan untuk menyokong strategi ini melalui analitik data, penyampaian kandungan adaptif dan penilaian berterusan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 97 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru adalah pada tahap sederhana tinggi. Faktor yang mempengaruhi kesediaan juga berada pada tahap tinggi, manakala cabaran pula dikenal pasti pada tahap sederhana. Antara isu utama termasuk kekurangan latihan profesional, infrastruktur teknologi yang terhad, serta keperluan untuk menyelaraskan penggunaan AI dengan nilai dan prinsip Islam. Kajian ini memberi sumbangan kepada institusi pendidikan, khususnya dalam memperkukuh dasar pendidikan Islam digital yang menitikberatkan aspek nilai, sahsiah dan spiritual melalui sokongan teknologi canggih berasaskan AI.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kesediaan guru, kecerdasan buatan, AI, Pendidikan Islam, pembelajaran terbeza
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: EN MOHD FAIROUS MOHD SHIS
Date Deposited: 25 Jun 2026 02:44
Last Modified: 25 Jun 2026 02:44
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1680

Actions (login required)

View Item View Item