IAB Institutional Repository

PROGRAM MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN KE ARAH MEMBANGUNKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Quah , Cheng Sim and Noraini, Abdullah and Abdullah, Seman (2012) PROGRAM MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN KE ARAH MEMBANGUNKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (01). pp. 47-78. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru besar tentang peranan InstitutAminuddin Baki (IAB) dalam Program Memperkasa Sekolah Kebangsaan (PMSK).Kajian ini juga mengenal pasti cadangan-cadangan penambahbaikan dalam pengurusan sekolah. Kajian ini melibatkan 105 orang guru besar di bawah PMSK di seluruh Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pemimpin sekolah jelas tentang konsep memperkasa sekolah dan mereka berpandangan positif terhadap peranan IAB dalam PMSK. Tiga faktor mencerminkan persepsi positiftentang peranan IAB dalam PMSK ialah IAB dapat memantapkan pengurusan dankepimpinan guru besar, IAB berperanan sebagai pembimbing atau pakar rujuk dan IAB dapat membangunkan sekolah SK. Kebanyakan responden berpendapat IAB sebagai pusat pakar rujuk, mentor dan sumber inspirasi yang menyalurkan ilmu dan kemahiran kepada pemimpin di sekolah. Kajian mendapati bidang yang banyak membantu ke arah penambahbaikan sekolah melalui PMSK adalah pengurusan dan kepimpinan diikuti dengan pengurusan kurikulum. Lima faktor utama yangmendorong responden bersetuju dengan pelaksanaan PMSK adalah factor integrasi kaum; melahirkan modal insan; meningkatkan prestasi pencapaian akademik; membangunkan sekolah dan menjelaskan hala tuju sekolah. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan peranan PMSK yang dikendalikan oleh IAB berjaya membantu pemimpin sekolah SK dalam aspek pengurusan dan kepimpinan di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sekolah,institut aminuddin baki,pengurusan,kepimpinan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 04 Feb 2013 07:02
Last Modified: 04 Feb 2013 07:02
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/17

Actions (login required)

View Item View Item