Majlis Persada Inovasi: Pelaporan KIK Perkhidmatan Awam IAB 2024 - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Majlis Persada Inovasi: Pelaporan KIK Perkhidmatan Awam IAB 2024

Tuan Mat, Dr. Tuan Zahrah and Wan Othman, Dr. Wan Zaliha and Shafe, Ts.Mohamadnor Basri and Mat, Dr. Hamidah and Ishak, Fakrul Anuar and Lat, Morris and Ishak, Hadiniah and Abang Walip, Dayang Jamillah and Mohamed Alias, Siti Zaharah and Idris, Hasbullah and Suhaimi, Suriat and Mohamed Suberi, Nor Azlina and Ismail, Roszilawati (2025) Majlis Persada Inovasi: Pelaporan KIK Perkhidmatan Awam IAB 2024. Institut Aminuddin Baki, Institut Aminuddin Baki.

[img] PDF
Download (13MB)

Abstract

Program Majis Persada Inovasi merupakan program tahunan Institut Aminuddin Baki (IAB) Enstek, Negeri Sembilan dan turut disertai oleh peserta dari IAB Cawangan Genting Highlands, IAB Cawangan Utara, IAB Cawangan Sarawak dan IAB Cawangan Sabah. Semua peserta yang terlibat merupakan pensyarah kanan yang berpengalaman dalam membuat inovasi. Program ini diadakan untuk mencungkil inovasi yang baharu dan inovasi yang telah dibuat sebelum ini dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Tahun 2024 meneruskan tradisi pertandingan inovasi seperti tahun sebelumnya yang dilaksanakan secara dalam talian ataupun secara hibrid yang memberikan peluang kepada ramai peserta untuk mengikuti pertandingan KIK dan membentangkan hasil inovasi masingmasing. Penyertaan dalam talian ini memberikan skop idea lebih luas kerana pelbagai kreativiti yang dihasilkan untuk kebaikan organisasi. Penyertaan semua ahli dalam kumpulan akan memberikan peluang kepada peserta untuk memberi fokus kepada penyelesaian masalah menerusi penghasilan inovasi di tempat kerja. Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti (JPIK), Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi menjadi urus setia memulakan proses kerja dari awal tahun 2024 sehinggalah kepada berlangsung Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam IAB tahun 2024. Pelbagai permasalahan yang timbul dari awal yang perlu diuruskan oleh urus setia untuk memastikan semua peserta yang masuk pertandingan diberikan peluang sama rata tanpa sebarang prejudis. Plan kontingensi telah dibuat lebih awal untuk memastikan segala masalah dapat diselesaikan sebelum tiba pada hari pertandingan. Pertandingan inovasi dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam IAB ini memberikan peluang kepada penjawat awam daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan juga ahli kumpulan pelaksana (AKP) untuk menyelesaikan masalah melalui penghasilan atau penambahbaikan sesuatu produk mahupun perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada organisasi. Meskipun begitu, dalam program pada tahun ini, tidak ada penyertaan daripada kumpulan AKP yang turut serta pada tahun ini. Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam IAB yang dijalankan menggunakan peruntukan bawah Inisiatif #112 untuk peningkatan profesionalisme pensyarah IAB. Inisiatif ini diberikan untuk memberi peluang kepada pensyarah menghasilkan inovasi mengikut kepakaran dan kebolehan masing-masing yang dapat dimanfaatkan dalam organisasi dan juga penjawat awam. Peruntukan yang diberikan termasuklah hadiah kepada pemenang, iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga. Pasukan yang tidak memenangi tempat teratas dalam pertandingan turut diberikan pengiktirafan dalam tiga kategori yang diberikan oleh urus setia iaitu Anugerah Berpotensi, Anugerah Khas dan Anugerah Harapan. Anugerah yang diberikan ini akan memberikan peluang kepada peserta untuk menyertai dan meneruskan amalan ini pada tahun hadapan. Penganjuran Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Horizon Baharu pada tahun 2024 bertemakan Inovasi Penggerak Kepimpinan MADANI membolehkan warga IAB melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Program sebegini juga akan dapat melahirkan warga IAB yang berminda progresif.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Majlis Persana Inovasi KIK Perkhidmatan Awam IAB
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 22 Jul 2026 00:10
Last Modified: 22 Jul 2026 00:10
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1704

Actions (login required)

View Item View Item