Model kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang pendidikan islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Model kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang pendidikan islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Abdullah, Mohd Nasri and Ab. Hamid, Kamal and Bahari, Asnani (2026) Model kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang pendidikan islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Malaysian Journal of Islamic Development, 1. pp. 93-106.

[img] PDF - Published Version
Download (1MB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan model pengamalan kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian pelbagai kes yang melibatkan lapan orang pensyarah cemerlang Pendidikan Islam daripada lapan kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia. Data dikumpulkan melalui temu bual mendalam, pemerhatian, dan analisis dokumen, serta dianalisis menggunakan perisian NVivo bagi mengenal pasti tema-tema utama yang membentuk kompetensi keperibadian pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi kualiti keperibadian pensyarah cemerlang Pendidikan Islam dibentuk melalui dua dimensi utama, iaitu sahsiah dan komunikasi. Dimensi sahsiah merangkumi hubungan pensyarah dengan Allah SWT, diri sendiri, pelajar dan rakan sejawat, manakala dimensi komunikasi melibatkan amalan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam pelaksanaan tugas profesional. Kajian ini mencadangkan Model Pengamalan Kompetensi Kualiti Keperibadian Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan profesionalisme pensyarah dan latihan pendidikan guru di Malaysia. Kajian ini juga menyumbang kepada pembangunan model kompetensi keperibadian berasaskan bukti empirikal sebagai rujukan bagi pembangunan profesionalisme pensyarah dan pendidikan guru khususnya dalam bidang pendidikan Islam. Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan literatur berkaitan kompetensi pendidik Islam dengan menonjolkan kepentingan integrasi antara sahsiah dan komunikasi dalam membentuk kecemerlangan profesion keguruan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Oct 2026 00:14
Last Modified: 12 Oct 2026 00:14
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1737

Actions (login required)

View Item View Item