IAB Institutional Repository

KEPIMPINAN BERKUALITI MENERUSI NOVEL MENTERI

Mohd. Nazri, Zainuddin (2012) KEPIMPINAN BERKUALITI MENERUSI NOVEL MENTERI. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (01). pp. 79-90. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF
Download (635kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mempunyai dua objektif (i) mengesan kepimpinan berkualiti yang terdapat dalam novel Tengku Menteri, (ii) mengenal pasti unsur-unsur kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh pemimpin sekolah. Sorotan literatur dilakukan untuk melihat kelompangan kajian berkaitan dengan kepimpinan berkualiti. Kebanyakan kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kurangnya penggunaan kaedah kualitatif. Kajian dilakukan dengan kaedah kepustakaan atau kualitatif iaitu dengan merujuk novel Tengku Menteri karya Talib Samat dan buku-buku kepimpinan dan pengurusan. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa banyak karya sastera mempunyai unsur-unsur kepimpinan yang diselitkan dalam penulisannya. Justeru, pembaca dapat menilai dan mengaplikasikan unsur-unsur kepimpinan yang berkualiti dan berkesan dalam pengurusan sekolah, kepimpinan di tempat kerja dan dalam hidup bermasyarakat. Disarankan kajian-kajian akan datang lebih menjurus kepada novel-novel sejarah kerana di dalamnya banyak mengandungi unsur-unsur kepimpinan yang boleh diterapkan dalam kalangan para pentadbir dan pengurus.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pemimpin, sekolah, literatur, KEPIMPINAN BERKUALITI MENERUSI NOVEL MENTERI
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 04 Feb 2013 07:01
Last Modified: 20 Jun 2013 02:18
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/18

Actions (login required)

View Item View Item