Amin , Senin
(2012)
PEMBELAJARAN AKTIF DALAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PEMIMPIN PENDIDIKAN.
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.
ISBN 9789839479973
Abstract
Sejak tahun 1979 Institut Aminuddin Baki (IAB) telah menerajui latihan dan pembangunan (Training & Development) pemimpin pendidikan, khususnya pemimpin sekolah di Malaysia. Tempoh yang melebihi tiga dekad itu telah memperkayakan IAB dengan pengalaman dan pengetahuan bukan sahaja dalam repositori tentang kepimpinan dan pengurusan tetapi repositori tentang pendekatan dan kaedah latihan.
Oleh hal yang demikian, sudah tiba masanya IAB mempunyai latihan dan pembangunan yang berasaskan kepada konteks keperluan pemimpin pendidikan di Malaysia. Pada masa yang sama prinsip latihan dan pembangunannya memenuhi prinsip-prinsip utama andragogi (pembelajaran orang dewasa). Maka buku kecil ini ditulis bertujuan untuk memperkenalkan Model Pembelajaran Aktif (MPA) khusus untuk latihan dan pembangunan pemimpin pendidikan.
Buku ini akan membincangkan empat perkara pokok yang berkaitan MPA iaitu perbincangan akan menumpu kepada (i) definisi pembelajaran aktif, (ii) memperkenalkan ciri-ciri penting MPA, (iii) mencadangkan penterjemahan MPA kepada sesi latihan iaitu LAMDA (Leadership and Management Development Activity), dan (iv) peranan pensyarah atau trainer dalam konteks MPA.
Actions (login required)
 |
View Item |