IAB Institutional Repository

PELAKSANAAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH BERTARAF PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DI MALAYSIA

Marzita, Abu Bakar and Shahril @ Charil, Marzuki and Muhammad Faizal, A.Ghani (2011) PELAKSANAAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH BERTARAF PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DI MALAYSIA. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 21 (01). pp. 67-82. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF
Download (941kB) | Preview

Abstract

Artikel ini adalah bertujuan untuk membentangkan sebahagian daripada dapatan kajian pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah menengah bertaraf PTj di Malaysia iaitu untuk (i) mengenal pasti maklumat punca-punca kewangan sekolah, (ii) mengenal pasti tahap kejelasan pengetua mengenai pengurusan kewangan PTj dan (iii) mengenal pasti tahap autonomi pengetua dalam pengurusan kewangan PTj. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kajian diperoleh daripada 277 responden yang terdiri daripada pengetua-pengetua sekolah bertaraf PTj. Manakala data kualitatif pula diperoleh daripada transkripsi temu bual, catatan pemerhatian dan semakan dokumen kewangan terhadap lima orang pengetua dan lima orang pembantu tadbir di lima buah sekolah menengah bertaraf PTj. Data kualitatif ini bertujuan untuk memberi gambaran dan pemahaman yang lebih terperinci tentang fenomena yang berlaku di samping untuk menyokong data-data kuantitatif. Soal selidik kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan adalah peratus, kekerapan, skor min dan sisihan piawai yang digunakan untuk menganalisis maklumat dan latar belakang kajian, maklumat dan punca-punca kewangan sekolah bertaraf PTj, tahap kejelasan pengetua mengenai PTj dan tahap kuasa autonomi pengetua dalam pengurusan kewangan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pengurusan,kewangan, sekolah, ptj
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 04 Feb 2013 06:55
Last Modified: 13 Mar 2013 02:32
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/20

Actions (login required)

View Item View Item