Ting, Len Siong
(2004)
HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN KEKELUARGAAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID SIAM DI SEKOLAH MENENGAH DALAM JAJAHAN TUMPAT.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Persekitaran kekeluargaan adalah penting dalam menentukan pencapaian akademik murid. Persekitaran keluarga yang miskin biasanya melahirkan murid yang berpencapaian rendah. Namun begitu, terdapat juga murid pandai yang berasal daripada keluarga miskin. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah meninjau serta membandingkan persekitaran kekeluargaan dan pencapaian akademik murid-murid Siam yang berbeza. Teori budaya kemiskinan menjadi asas kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 190 orang murid Siam kelas baik dan kelas lemah dari tiga buah sekolah menengah dalam jajahan Tumpat. Soal selidik diedarkan kepada murid. Data dianalisis menggunakan ujian korelasi dan ujian khi kuasa dua. Faktor-faktor persekitaran kekeluargaan seperti tahap pendidikan bapa, pekerjaan bapa, pendapatan ibu bapa, jumlah bahasa perantaraan dalam keluarga, bilangan ahli keluarga, jumlah jam menonton televisyen pada hari persekolahan, jumlah jam menonton televisyen pada hujung minggu, memiliki bilik bacaan dan memiliki buku rujukan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik murid Siam. Dapatan kajian membawa implikasi kepada langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu mewujudkan persekitaran yang positif bagi murid-murid Siam dalam jajahan Tumpat.
Item Type: |
Article
|
Uncontrolled Keywords: |
persekitaran kekeluargaan, pencapaian akademik murid HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN KEKELUARGAAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID SIAM DI SEKOLAH MENENGAH DALAM JAJAHAN TUMPAT |
Subjects: |
L Education > L Education (General) |
Divisions: |
UNSPECIFIED |
Depositing User: |
Lib 1
|
Date Deposited: |
09 Sep 2013 06:26 |
Last Modified: |
16 Apr 2015 01:37 |
URI: |
http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/210 |
Actions (login required)
 |
View Item |