Rahmah , Md Yusof
(2013)
PENDEKATAN TERKINI KEPIMPINAN KARISMATIK DALAM PENGURUSAN SEKOLAH.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013.
ISSN
(Unpublished)
Abstract
Pemimpin-pemimpin yang berkarisma amat diperlukan untuk melakukan "transformasi" atau perubahan-perubahan dalam struktur organisasi yang pernah melalui zaman kemelesetan dan juga transformasi dalam pemikiran individu dan petugas-petugas dalam organisasi berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan karismatik dalam pengurusan dan pendekatan terkini kepimpinan karismatik dalam pengurusan sekolah. Kajian ini melibatkan kaedah mengumpul data, kemudian dibaca dan dianalisis melalui jurnal, internet, buku, prosiding persidangan dan kertas perbincangan. Kepimpinan karismatik adalah wajar digunakan sebagai pendekatan terkini dalam pengurusan sekolah memandangkan perubahan pendidikan globalisasi yang lebih menuju kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya pengurusan sekolah.
Actions (login required)
 |
View Item |