IAB Institutional Repository

GAYA KEPIMPINAN YANG DIGEMARI: SATU KAJIAN KES-KES HIPOTETIKAL

ISHAK , SIN (2002) GAYA KEPIMPINAN YANG DIGEMARI: SATU KAJIAN KES-KES HIPOTETIKAL. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002. pp. 26-57. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kepimpinan iaitu keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi, telah dibicarakan sejak zaman berzaman, iaitu sejak zaman Plato hingga kini yang merentasi benua, agama dan bangsa. Topik ini juga dianggap sebagai antara topik yang tertua pernah dibicarakan (Bass 1990a). Pun begitu, topik ini masih lagi dibahaskan dengan hangat dalam pelbagai pentas organisasi dan situasi termasuklah organisasi pendidikan. Keghairahan penulis dan penyelidik membicara dan membahaskan topik ini mungkin kerana kepimpinan dikatakan mempunyai kesan yang besar ke atas jatuh bangun sesebuah organisasi (Bass 1990a, Yukl 1994). Ulrich et al. (1999) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Fenomena yang sama juga berlaku dalam latar pendidikan. Terdapat banyak saranan yang berbunyi sekolah-sekolah yang berkesan adalah dipimpin oleh pengetua yang berwibawa (Andrews & Morefield 1991; Edmonds 1979; Persell et al. 1982; Quinby 1985). Saranan ini juga sealiran dengan dapatan kajian-kajian yang dijalankan di Malaysia yang menyimpulkan bahawa sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik, dipimpin oleh pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berkesan (Abdul Karim 1989; Atan Long et al. 1991). Kejayaan syarikat-syarikat dan juga sekolah-sekolah sama ada di Barat atau di Malaysia telah mendorong penyelidik-penyelidik untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang berupaya mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan serta berjaya membuat perubahan- perubahan besar. Seperti yang ditanggapi orang ramai, melakukan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Namun begitu, bagi sesetengah pemimpin, melakukan perubahan besar dan juga mengubah sikap orang bawahan bukanlah suatu perkara mustahil. Pemimpin-pemimpin yang berjaya dalam aspek ini dikatakan mempunyai satu gaya unggul yang boleh melakukan perubahan dengan mudah. Namun begitu, persoalannya, apakah gaya kepimpinan unggul yang sekaligus menjadi gaya yang digemari oleh orang bawahan?

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: gaya kepimpinan KAJIAN KES-KES HIPOTETIKAL
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Institut Aminuddin Baki Caw. Utara
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 18 Sep 2013 07:06
Last Modified: 21 Apr 2015 02:34
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/229

Actions (login required)

View Item View Item