IAB Institutional Repository

KE ARAH PENGWUJUDAN SEKOLAH PENYAYANG

Noraziah, Abdul Aziz and Nettt Yushani, Yusof, eds. (2010) KE ARAH PENGWUJUDAN SEKOLAH PENYAYANG. Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan . Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (585kB) | Preview

Abstract

Taraf hidup rakyat Malaysia jika diukur dari segi pendapatan per kapita adalah tinggi. Namun begitu, aspek ini tidak merupakan satu petunjuk pada taraf kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Hambatan budaya dan nilai yang bersifat kebendaan merupakan hakikat suasana sosial masyarakat kini. Manusia giat mengejar kemajuan lalu membiarkan nilai luhur seperti kasih sayang terabai. Perbuatan salah laku yang pelbagai dan ketara seperti pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah semakin berleluasa. Jenayah kolar putih kian meningkat. Malangnya, perkara negatif ini membabitkan golongan ilmuan dan ikhtisas yang seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai pemimpin nnasyarakat. Penghakisan nilai murni dalam kehidupan masyarakat kian menular. Kemerosotan moral di kalangan ahli masyarakat sudah menunjukkan kesan. Mengikut laporan, terdapat pelbagai kes seperti anak yang tidak menghormati orang tua, anak didik yang tidak menghormati guru dan bapa merogol anak sendiri. Permasalahan di atas nnenunjukkan suatu petanda bahawa institusi kekeluargaan sudah mulai renggang. Keutuhan masyarakat mulai rapuh. Y.A.B Perdana Menteri menyeru bahawa kepincangan ini mesti dihindari dan nilai murni, akhlak yang mulia, budaya ikram dan penyayang dijadikan tunggak kemanusiaan dan kehidupan. Fenomenon sistem sosial dalam masyarakat semasa terutamanya yang membabitkan generasi muda sungguh mencabar. Cabaran ini boleh menjadi penghalang kepada Wawasan 2020 yang merujuk kepada pembentukan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. Cabaran ketujuh Wawasan 2020, Y.A.B. Perdana Menteri menjelaskan bahawa : Pembentukan sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara, mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: pengwujudan sekolah penyayang
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 07 Jan 2014 02:52
Last Modified: 07 Jan 2014 02:52
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/243

Actions (login required)

View Item View Item