IAB Institutional Repository

AMALAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PENTADBIR PENDIDIKAN DI DAERAH KUALA MUDA

MOHD. TAIB, ARIFFIN and NORIZAN, MOHAMED NASIR (2002) AMALAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PENTADBIR PENDIDIKAN DI DAERAH KUALA MUDA. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002. pp. 186-199. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (721kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan mengenalpasti bentuk-bentuk komunikasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi pentadbir pendidikan di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Daerah Kuala Muda, Kedah. Sebanyak 107 set soal selidik telah diajukan kepada Pengetua, Penolong Kanan (Pentadbiran dan Kurikulum), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru Kanan Mata Pelajaran di 16 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah berkenaan. Dan jumlah tersebut, sebanyak 101 set soal selidik telah dikembalikan untuk dianalisis. Hasil kajian mendapati pentadbir-pentadbir pendidikan di daerah ini paling kerap menggunakan komunikasi lisan seperti bermesyuarat dan berjumpa dengan individu yang terlibat secara langsung. Majoriti daripada mereka menyatakan tidak pernah menggunakan mel elektronik untuk menyampaikan mesej kepada kakitangan di sekolah. Kajian ini juga mendapati tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara faktor media dan keberkesanan komunikasi. Sebaliknya, terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor corak kepimpinan dan keberkesanan komunikasi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan komunikasi di kalangan pentadbir pendidikan seperti mengikuti kursus-kursus komunikasi, mempelbagaikan pendekatan komunikasi terutama dalam menggunakan teknologi komunikasi moden dan melengkapkan semua sekolah di daerah ini dengan peralatan-peralatan ICT.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: amalan komunikasi, keberkesanan komunikasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 10 Oct 2013 03:02
Last Modified: 10 Oct 2013 03:02
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/279

Actions (login required)

View Item View Item