SAZALI, YUSOFF and ZURIDA, ISMAIL and MUSTAPA, KASSIM
(2002)
EFIKASI-KENDIRI GURU BESAR PENEROKAAN DAN PEMBINAAN INSTRUMEN.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002.
pp. 210-216.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Konstruk efikasi-kendiri telah mendapat perhatian yang amat menggalakan dalam literatur gelagat organisasi. Individu yang mempersepsikan dirinya yakin boleh melakukan sesuatu tugas didapati lebih berjaya daripada individu yang menjangkakan mereka akan gagal. Artikel ini meninjau status efikasi-kendiri guru besar dengan mentadbirkan intrumen 'Skala Efikasi-Kendiri Pengurusan Sekolah Rendah, SEPSeR', instrumen yang dibina berdasarkan model instrumen Prinses (Dimmock & Hattie, 1996), ke atas 165 orang guru besar. Analisis faktor instrumen SEPSeR dengan menggunakan putara varimax menghasilkan dua subskala, yang dinamakan ‘Efikasi Pengurusan Akademik dan Staf, EPAS' dan Efikasi Pengurusan Urustadbir, EPUT’. Indeks Kebolehpercayaan alpha Cronbach EPAS dan EPUT adalah .952 dan .964 masing-masing. Disamping itu, analisis regresi berganda dilakukan kepada beberapa ciri demografi guru besar bagi meninjau nilai SEPSeR.
Actions (login required)
 |
View Item |