NEK KAMAL, YEOP YUNUS and MUHAMMAD , KHAIRUDDIN LIM and ABDUL RAHEEM, MOHD YUSOFF and AZITA, MOHD YONUS
(2002)
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI PERAK: SATU DAPATAN AWAL.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002.
pp. 240-251.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan menjadi tunggak keberkesanan dan keuntungan organisasi. Untuk terus mengekalkan pelanggan, kebanyakan organisasi bersaing hebat dengan menonjolkan kebitaraan perkhidmatan masing-masing di pasaran. Sekolah berasrama memang terkenal dengan kecemerlangan akademik tetapi kualiti perkhidmatan sokongan dan bukan akademik tidak kurang pentingnya. Walaupun sekolah bukanlah organisasi yang mengaut keuntungan dari operasinya tetapi kemudahan tertentu diswastakan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelajar terhadap kualiti perkhidmatan di sekolah iaitu penyajian makanan di dewan makan, penginapan di asrama dan kafeteria, kebersihan dan keceriaan, kesihatan dan keselamatan, serta pejabat pentadbiran dan perpustakaan. Data telah dikumpulkan dengan mengedarkan 120 set soalselidik di tiga buah sekolah berasrama penuh di Perak dan hanya 100 set dikembalikan. Setelah diproses dengan SPSS, didapati bahawa 42% pelajar mempunyai persepsi perkhidmatan keseluruhan sebagai cemerlang dan sangat cemerlang. Sebanyak 33 % pelajar pula akan menggunakan perkhidmatan di sekolah dengan lebih kerap lagi pada masa hadapan. Pada keseluruhannya jurang antara jangkaan dan persepsi pelajar sebagai pelanggan ialah -2.1% dan ini menunjukkan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan di sekolah ini adalah minimum. Sementara jurang antara persepsi dengan kepentingan adalah -1.5%, dan jurang antara jangkaan dan kepentingan ialah - 0.6%. Kajian selanjutnya akan menggunakan sampel yang lebih besar dan analisis yang terperinci untuk melihat setiap dimensi dan unit perkhidmatan di sekolah.
Actions (login required)
 |
View Item |