Asiah, Samah and Noraizan, Sulaiman and Chithra , Adiyodi and Rohaida, Abd. Manap
(2010)
Kepemimpinan Penentu Kecemerlangan Sekolah.
Prosiding Seminar Nasioanal Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Ke-17 2010.
pp. 87-100.
ISSN 978-983-9479-72-0
Abstract
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kejayaan institusi tersebut dalam aspek-aspek seperti kemenjadian murid, akademik, kokurikulum dan pengurusan; faktor yang menjadi pemangkin kecemerlangan aspek-aspek tersebut ialah kepemimpinan sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan dalam pendidikan telah mengenal pasti beberapa pendekatan ciri kepemimpinan dan amalan terbaik (best practices) yang penting bagi mendorong dan membantu pemimpin sekolahnya ke tahap kecemerlangan. Kertas kerja ini bertujuan mengemukakan ciri-ciri kepemimpinan berprestasi tinggi dan amalan terbaik yang telah dikenal pasti dalam kajian serta perkaitan dengan tugas hakiki pemimpin sekolah khususnya pengetua dan guru besar. Kertas kerja ini juga memberi panduan kepada pemimpin untuk melaksanakan amalan terbaik ini di sekolah-sekolah Malaysia. Penekanan juga diberi kepada perkaitan antara amalan terbaik sekolah-sekolah yang cemerlang dalam sistem pendidikan nasional serta cabaran yang dilalui oleh sekolah-sekolah ini untuk menjadi cemerlang. Perbandingan antara pendekatan kepemimpinan dalam sorotan literatur dengan kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua/guru besar tempatan menunjukkan bahawa amalan mereka tidak menjurus kepada suatu pendekatan sahaja. Kecenderungan mereka adalah terhadap gabungan amalan daripada pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan konteks sekolah mereka. Perbincangan kertas kerja ini juga mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Actions (login required)
 |
View Item |