IAB Institutional Repository

KPM REKOD KONTRAKTOR CEMERLANG

Doris, Apai (2013) KPM REKOD KONTRAKTOR CEMERLANG. free malaysia today.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (233kB) | Preview

Abstract

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyenarai nama syarikat kontraktor yang berjaya melaksanakan projek mengikut jadual dalam buku rekod prestasi kementerian berkenaan. Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPM, Datuk Abdul Shukor Ibrahim berkata, mana-mana syarikat kontraktor yang direkodkan itu, berkemungkinan berpeluang untuk mendapat projek KPM yang lain. “Syarikat yang berprestasi cemerlang berpeluang untuk mengambil alih mana-mana projek ‘sakit’ (gagal disiapkan mengikut jadual) di bawah KPM. Justeru, KPM menyarankan mana-mana syarikat kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek di bawah kelulusan kementerian ini supaya terus mengekal dan menunjukkan prestasi cemerlang sebagai jaminan mendapat projek pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Sarawak dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang di Dewan Utama IAB Cawangan Sarawak, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Datuk Abdillah Adam, Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah dan Penyelaras IAB Cawangan Sarawak, Dr. Shahri Abd Rahman.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: IAB Cawangan Sarawak, KPM
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 09 Dec 2014 01:34
Last Modified: 09 Dec 2014 01:34
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/392

Actions (login required)

View Item View Item