Abdullah, Mat Rashid
(2011)
KAJIAN TINDAKAN PENGGERAK PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN PENDIDIKAN YANG INOVATIF.
Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (2009-2010).
pp. 21-28.
ISSN 9789839479881
Abstract
Guru adalah jambatan dan agen perubahan untuk memastikan Malaysia terus dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam alaf ekonomi berasaskan inovasi. Persaingan ini memerlukan Malaysia secara berkala mengukur penanda aras pencapaian inovasi, kebolehan, dan keupayaan dengan negara-negara lain. Negara juga perlu membandingkan perkembangan pencapaian sebenar dengan negara-negara saingan. UNESCO dan pelbagai organisasi antarabangsa menyarankan keperluan inovasi dan penambaikan kualiti dalam perguruan bagi menangani cabaran masyarakat pada alaf ini dan mendatang. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang inovatif akan dapat menangani permintaan baharu, struktur, dan sistem yang mengkehendaki kemahiran dan pengetahuan baharu dengan baik. Anjakan paradigma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran melalui projek dan masalah, inkuiri dan reka bentuk, penerokaan dan reka cipta, kreativiti dan kepelbagaian, tindakan dan refleksi mungkin lebih padan dengan alaf ini. Paradigma yang paling utama ialah perubahan dan pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. Perubahan ini menekankan pengajaran kepada pembelajaran yang dapat menghasilkan persekitaran
interaktif dan peranan yang berbeza kepada guru dan murid. Peranan baharu ini menunrut perubahan pemikiran dan pemahaman proses pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan guru. Kajian tindakan merupakan suatu alat yang boleh digunakan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan pada tahap tempatan (Cohen et al., 2003). Kajian tindakan dapar membantu guru untuk menyiasat dan
menambahbaik amalan dan tindakan mereka (Hendricks, 2009). Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang menggalakkan setiap guru mengkaji masalah dan isu yang dihadapi dalam pengajaran mereka melalui kajian tindakan adalah selari dengan arah aliran guru di negara-negara maju.
Actions (login required)
 |
View Item |