Che Ku Alam , Che Ku Ali
(2011)
MENINGKATKAN KOMITMEN GURU DALAM PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI INTERVENSI DINAMIK R & R (RECTIFY & RESOLVE).
Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (2009-2010).
pp. 91-104.
ISSN 9789839479881
Abstract
Kajian ini adalah berdasarkan usaha meningkatkan keberkesanan sekolah yang melibatkan tanggungjawab guru dan pengurusan sekolah. Ibubapa menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada guru dan pengurusan sekolah untuk menjana kecemerlangan anak-anak mereka dalam akademik dan sahsiah. Pada masa yang sama sekolah diharap dapat mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk P & P. Apabila harapan gagal dipenuhi, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ibubapa dan mereka mengemukakan aduan kepada pengurusan sekolah. Di atas rasa kesedaran untuk meningkatkan kualiti komitmen guru, aduan-aduan yang diterima dijadikan data dalam kajian tindakan. Data tersebut dianalisis menggunakan force field analysis' mengikut Kurt Lewin (1947). Berdasarkan dorongan positif, strategi dan tindakan dirancang, dilaksana dan dinilai keberkesanannya. Intervensi pengurusan adalah bersifat dinamik berdasarkan 'recta & resolve'. Petunjuk aduan rasa tidak puas hati ibubapa terhadap komitmen guru dalam P&P didapati berkurang secara mendadak selepas kajian. Persekitaran fizikal bilik darjah turut berubah menjadi lebih kondusif.
Actions (login required)
 |
View Item |