Jamil , Adimin
(2013)
KEPIMPINAN UNTUK PEMBELAJARAN: BELAJAR MEMIMPIN DIRI UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012.
pp. 3-22.
ISSN 9789670504063
Abstract
Pemimpin ialah orang yang membawa perubahan kepada organisasi yang dipimpinnya. Oleh itu, pemimpin itu sendiri perlu belajar dan inilah yang disebut "kepimpinan untuk pembelajaran" (leadership for learning). Tiga dimensi kepimpinan yang dijadikan asas untuk memahami maksud kepimpinan dalam apa bidang pekerjaan sekalipun iaitu individu, kumpulan dan organisasi. Organisasi yang belajar (learning organization) melibatkan pembelajaran berterusan, koperatif dan berasaskan masalah. Terdapat empat kaedah pembelajaran (pandangan Bush dan Middlewood, 2005) iaitu mengkaji dan menganalisis kerjaya sendiri, belajar daripada guru lain, melibatkan diri dalam mesyuarat/ perbincangan/understudy dan mengikuti seminar/kursus/bengkel/persidangan. Reeves (2002) menyarankan "Kerangka Kepimpinan Untuk Pembelajaran" yang dilihat dari empat aspek iaitu bernasib baik, memimpin, kalah dan belajar atas paksi mencancang (Keputuan Pencapaian) dan paksi ufuk (Pemahaman Kejayaan). Rumusannya ialah kemampuan untuk memupuk leadership for learning dan dipraktikkan oleh setiap warga belajar memperbaiki diri untuk membuat perubahan kepada diri sendiri, orang lain dan organisasi. Pemimpin yang berusaha dalam kepimpinannya semata-mata untuk memperbaiki pembelajaran murid dan seterusnya memastikan kemenjadian dan kejayaan murid. Untuk memimpin proses pembelajaran, pemimpin perlu menjadi pemimpin yang belajar.
Actions (login required)
 |
View Item |