IAB Institutional Repository

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PAHANG: SATU KAJIAN KUALITATIF

Jamelaa Bibi , Abdullah and Jainabee, Md Kassim (2013) AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PAHANG: SATU KAJIAN KUALITATIF. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012. pp. 23-36. ISSN 9789670504063

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (567kB) | Preview
Official URL: http://www.iab.edu.my/

Abstract

Kajian ini meneroka amalan kepimpinan instruksional pengetua di enam jenis sekolah menengah di Negeri Pahang. Amalan kepimpinan instruksional adalah berasaskan empat dimensi kepimpinan instruksional iaitu i) mentakrif dan membentuk matlamat sekolah, ii) mengurus program instruksional, iii) menggalakkan iklim pembelajaran dan iv) membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. Data diperoleh melalui sesi temu bual yang melibatkan enam orang pengetua dan enam orang guru. Data dianalisis menggunakan NVivo. Dapatan menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional pengetua berlaku di keenam-enam jenis sekolah di Negeri Pahang. Namun demikian bagi dimensi mengurus program instruksional, jarang sekali diamalkan oleh pengetua di semua jenis sekolah. Keseluruhan dapatan juga menunjukkan wujud perbezaan yang agak ketara amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Model Khas (SM KHAS) dan Sekolah Menengah Harlan (SMKH) berbanding dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Teknik Vokasional (SMT/V).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Instruksional; Perbezaan Amalan Pengetua; Kepimpinan instruksional SBP, SM Khas, SMKA, SABK, SMT/V.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 09 Feb 2015 08:46
Last Modified: 09 Feb 2015 08:46
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/427

Actions (login required)

View Item View Item