IAB Institutional Repository

PROSES PERUBAHAN TERANCANG: PANDANGAN PENTADBIR TERHADAP IMPLEMENTASI

Mohd Izham , Mohd Hamzah and Sufean , Hussin (2008) PROSES PERUBAHAN TERANCANG: PANDANGAN PENTADBIR TERHADAP IMPLEMENTASI. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (01). 01-20. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Proses perubahan terancang adalah usaha sistematik untuk mereka semula organisasi pendidikan yang mana akan membantu organisasi tersebut melakukan penyesuaian terhadap perubahan-perubahan dalam persekitarannya serta untuk mencapai arah dan matlamat baru organisasi sekolah. Perubahan terancang perlu dalam pendidikan untuk mengelak berlakunya kekaburan, ketidakpastian dan kesukaran meramalkan apa yang akan berlaku. Bagi memastikan sebarang perubahan yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun, segala proses perubahan di sekolah bestari telah dirancang dengan teliti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Perubahan terancang akan memastikan dengan jelas apa yang ingin diubah, siapa yang akan melakukan, bagaimana hendak melakukan dan bila ia hendak dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menghuraikan pandangan pihak pentadbir sekolah bestari terhadap proses perubahan terancang yang telah diperkenalkan di sekolah mereka masing-masing. Kajian ini adalah kajian kualitatif secara kajian kes berganda (multiple-case study) di lima buah sekolah bestari. Pengumpulan data dibuat melalui temu bual berbentuk separuh berstruktur. Subjek kajian terdiri daripada pengetua, penolong kanan, penolong kanan HEM, koordinator teknologi maklumat dan ketua bidang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ada pentadbir yang mempunyai pandangan positif dan menyokong terhadap proses perubahan yang telah dirancang manakala ada pentadbir merasakan perubahan yang dirancang itu tidak memenuhi keperluan pelajar dan kehendak guru dan pentadbir sekolah. Ini menyebabkan berlakunya kekangan dalam mengimplementasi proses perubahan tersebut. Pentadbir yang dikaji juga menghadapi masalah apabila perubahan yang diperkenalkan itu datang serentak dengan banyak sekali gus secara bertimpa-timpa menyebabkan mereka tidak tahu yang mana satu sepatutnya diberi keutamaan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: perubahan terancang, pentadbir, sekolah bestari,
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 06 Mar 2013 08:02
Last Modified: 06 Mar 2013 08:02
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/43

Actions (login required)

View Item View Item