IAB Institutional Repository

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU DENGAN PRESTASI PEPERIKSAAN

Usang, Anak Ngrambang and Abdul Jawi, Abnoh Sawi and Mohd. Yusuf, Abdullah (2013) HUBUNGAN KEPEMIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU DENGAN PRESTASI PEPERIKSAAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 . pp. 171-190. ISSN 9789670504063

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (811kB) | Preview
Official URL: http://www.iab.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kepemimpinan pengajaran pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi peperiksaan pelajar dan juga hubungan langsung antara elemen kepemimpinan pengajaran pengetua dan elemen kepuasan kerja guru dengan prestasi peperiksaan pelajar. Sampel kajian tinjauan membabitkan 880 orang guru di sekolah menengah luar bandar di Sarawak. Data dari soal selidik dianalisis menggunakan analisis korelasi dan analisis laluan untuk menguji hubungan antara variabel. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara kepemimpinan pengajaran pengetua (r=.06, p< .01) dan kepuasan kerja guru (r=.63, p< .01) dengan prestasi peperiksaan pelajar. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara elemen kepemimpinan pengajaran pengetua dengan pengurusan kurikulum dan pengajaran (r=.09, p< .05); pencerapan dan penilaian pengajaran (r=.10, p< .05); dan pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran pelajar (r=.08, p< .05). Begitu juga elemen kepuasan kerja guru iaitu aspek pelajar (r=.50, p< .05); beban tugas (r=.76, p< .05); dan kemudahan sekolah (r=.27, p< .05) dengan prestasi peperiksaan pelajar. Keputusan analisis laluan menunjukkan variabel kepemimpinan pengajaran pengetua (3%) dan kepuasan kerja guru (66%) menyumbang kepada hubungan secara langsung terhadap prestasi peperiksaan pelajar dalam kalangan responden di sekolah menengah luar bandar. Keputusan ujian juga menunjukkan kepuasan kerja guru adalah penentu tertinggi berbanding dengan kepemimpinan pengajaran pengetua terhadap prestasi peperiksaan pelajar. Oleh yang demikian, gagasan kepemimpinan pengajaran pengetua dan kepuasan kerja guru perlu diberi perhatian sewajarnya dalam peningkatan prestasi pelajar di sekolah menengah luar bandar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan, kepuasan kerja, prestasi peperiksaan.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 09 Feb 2015 08:44
Last Modified: 09 Feb 2015 08:44
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/433

Actions (login required)

View Item View Item