IAB Institutional Repository

KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) MOD BAHARU 2011

Kamaruzaman, Moidunny and Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam and Gurcharan Singh, Bishen Singh and Edaris, Abbu Bakri and Raja Rafidah Hanim, Raja Abdul Aziz and Salina Hanum, Osman Mohamed and Lee, Ah Kit and Sathiyabama, Suprammaniam (2013) KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) MOD BAHARU 2011. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 . pp. 247-268. ISSN 9789670504063

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (732kB) | Preview
Official URL: http://www.iab.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenall sebagai NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki ini memakan masa lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan pertama tahun 2011 bagi mod baharu, seramai 117 orang, terhadap sepuluh aspek iaitu akses Internet, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus, pentaksiran sebelum dan selepas kursus. Akses internet terdiri daripada item berkaitan kemudahan dan kepantasan Internet di 1AB dan di rumah. Bahan pelajaran terbahagi kepada dua komponen iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada tujuh modul iaitu Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, lnstruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri. Dapatan kajian bagi 63 orang peserta menunjukkan kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi. Namun begitu, perkara berkaitan akses internet mendapat reaksi pada tahap yang sederhana.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL); Reaksi Peserta; Mod Baharu
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 09 Feb 2015 08:40
Last Modified: 09 Feb 2015 08:40
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/437

Actions (login required)

View Item View Item