Norasmah , Othman and Kamaruzaman , Moidunny
(2008)
KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH): CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.
Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (01).
pp. 37-52.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kertas penulisan ini mengemukakan dapatan kajian yang dilaksanakan terhadap peserta Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (National Professional Qualification for Headship). Program Latihan NPQH ini memakan masa selama setahun dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki. Kajian ini telah dijalankan pada bulan Jun 2007 yang melibatkan responden berjumlah 187 orang. Sampel merupakan peserta bagi Program Latihan NPQH ambilan tahun 2005 dan 2006. Satu soalan hujung terbuka telah dikemukakan kepada peserta dan mereka diminta menyatakan pendapat secara bertulis di dalam kertas soal selidik yang disediakan. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat 17 isu atau cadangan yang dikemukakan oleh peserta dalam usaha menambah baik Program Latihan NPQH ini. Isu ini termasuklah lawatan penandaarasan, tahap profesionalisme pensyarah, pemilihan peserta, pengurusan dan pentadbiran, peluang kenaikan pangkat dan jawatan, pengiktirafan oleh KPM dan IPA, peningkatan latihan amali, pencapaian objektif, penyelarasan penilaian dalam kalangan pensyarah, peluang latihan, penekanan kepada subjek tertentu, penyebaran maklumat, anjakan gaji, tempoh masa latihan serta format penilaian.
Actions (login required)
 |
View Item |