Abdul Ghani Kanesan , Abdullah and AZIAH , ISMAIL
(2007)
KESEDIAAN MEMPERKASA PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI OLEH PENGURUS PENDIDIKAN SEKOLAH: SATU KAJIAN KES.
Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (01).
01-15.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesedaran dan kesediaan dalam kalangan pengurus pendidikan tentang Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) seterusnya langkah-langkah yang diambil untuk menerapkan ESD dalam bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kajian kes ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Menengah Bestari di salah sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan melibatkan beberapa orang pengurus pendidikan di sekolah tersebut termasuklah Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Bidang Kemanusiaan dan Ketua Panitia Geografi yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi sebagai responden. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kefahaman, kesedaran dan kesediaan responden tentang pendidikan untuk pembangunan lestari berkait rapat dengan bidang tugas masing-masing. Seterusnya antara hambatan pemerkasaan ESD di peringkat sekolah sangat bergantung kepada sikap guru, pendedahan yang diberikan serta kemudahan yang disediakan bagi tujuan tersebut. Manakala kemampuan sesuatu organisasi sekolah melaksanakan penerapan kesedaran ESD harus digerakkan oleh pengurus pendidikan sebelum ia dibudayakan.
Actions (login required)
 |
View Item |