Hong, Shirley Tay Siew
(2014)
KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN
PEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA
KOTA KINABALU.
In:
prosiding.
iab, pp. 81-93.
ISBN 978-967-0504-21-6
Abstract
Antara fungsi penting yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah dalam era
teknologi maklumat ini, ialah peranan pemimpin serta pentadbir-pentadbir sekolah dalam
merealisasikan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia membudayakan penggunaan ICT
dalam kalangan warga sekolah. Seseorang pemimpin itu haruslah bijak memimpin serta
menjadi contoh dan teladan kepada seluruh staf di bawah pimpinannya, mampu memperoleh
dukungan daripada staf bawahan sehingga menggerakkan ahli-ahli bawahannya ke arah
pencapaian organisasi. Dalam konteks ini, SMK Bandaraya Kota Kinabalu (SMKBKK)
merupakan contoh kes dalam perbincangan ini. Kertas kerja ini bertujuan berkongsi usahausaha
yang dilaksanakan oleh pihak pentadbir secara kolaboratif dalam memantapkan
dan meningkatkan pembudayaan ICT di SMKBKK. Perbincangan dalam kertas kerja
ini memperlihatkan penggabungjalinan aplikasi teori Kepimpinan Kolaboratif dan teori
‘Distributed / Distributive Leadership’. Perbincangan bermula dengan huraian pelbagai
cabaran dalaman dan luaran di SMKBKK yang perlu diharungi oleh Pengetua, Ketua
Bidang Teknologi dan Vokasional dan Guru Penyelaras Bestari sekolah. Namun begitu,
dengan misi ingin melaksanakan pembelajaran berkualiti secara berterusan dalam satu
pasukan, pihak kami tetap berusaha mengemudikan SMKBKK ke arah melestarikan
pembudayaan ICT sehingga mencapai tahap lima bintang ICT dalam penilaian SSQS
(Smart Schools Qualification Standards). Usaha ini terus dimantapkan untuk memastikan
markah pencapaian SSQS meningkat secara berterusan. Ini terbukti apabila SMKBKK
berjaya mencapai peningkatan dalam skor SSQS iaitu, 2010: 81.0%; 2011: 86.0% dan
2012: 90.80 %. Dalam usaha melestarikan pembudayaan ICT di sekolah, salah satu aspek
lagi yang membanggakan warga SMKBKK ialah kesanggupan kami memperluaskan
budaya ICT sehingga ke peringkat komuniti ibu bapa di kampung-kampung iaitu tempat
tinggal para pelajar SMKBKK melalui Program Outreach sekolah. Untuk memperolehi
data, metodologi yang digunakan adalah berbentuk kajian deskriptif yang berasaskan
tinjauan rawak. Seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar telah dipilih untuk mengkaji
tahap penggunaan ICT di sekolah serta isu-isu yang dihadapi. Instrumen yang digunakan
adalah soal selidik SSQS dan kaedah temuduga berstruktur. Hasil temuduga dengan lima
orang guru dan lima orang pelajar menunjukkan bahawa sungguhpun masih terdapat
kekangan-kekangan yang menjejaskan perkembangan budaya ICT di SMKBKK, namun
sumber tenaga manusia, sumber ICT serta pelbagai sumber yang sedia ada dioptimumkan
untuk mencapai matlamat pembudayaan ICT.
Actions (login required)
 |
View Item |