IAB Institutional Repository

PERANAN PENGETUA SEBAGAI PEMIMPIN TEKNOLOGI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Noraini, Abdullah and Hamidon, Khalid and Mohd. Izham, Mohd. Hamzah (2014) PERANAN PENGETUA SEBAGAI PEMIMPIN TEKNOLOGI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 28 (2). pp. 61-90. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (10MB) | Preview
Official URL: http://www.iab.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau peranan pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia sebagai pemimpin teknologi dari aspek visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran; amalan professional dan produktiviti; kelengkapan infrastruktur dan; sokongan, pengurusan dan pengendalian ICT. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam mengimplementasikan kepimpinan teknologi dan bagaimana mereka menangani masalah yang dihadapi di sekolah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif dalam meneliti lima aspek kepimpinan teknologi pengetua. Data kuantitatif diperolehi daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir yang ditadbirkan kepada 375 orang pengetua dari enam zon yang berbeza. Data kualitatif pula diperolehi melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru dari enam zon di Malaysia. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif , ujian inferensi MANOVA dan Regresi Berganda dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0 Kajian ini juga telah menggunakan dapatan temu bual bagi menyokong dapatan kuantitatif seterusnya menjawab persoalan kajian untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dalam mengimplementasikan kepimpinan teknologi di sekolah. selain itu beberapa cadangan penambahbaikan untuk pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin teknologi yang berkesan juga dianalisis melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PERANAN PENGETUA SEBAGAI PEMIMPIN TEKNOLOGI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 30 Jun 2015 01:13
Last Modified: 30 Jun 2015 01:13
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/455

Actions (login required)

View Item View Item