Mohd. Izham, Mohd. Hamzah and Rusnah, Abdul Karim
(2008)
PENTADBIR SEBAGAI PEMIMPIN TEKNOLOGI: SATU KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SEMBILAN.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (01).
pp. 81-102.
ISSN 1511-4147
Abstract
Perubahan teknologi masa kini memperlihatkan penekanan integrasi teknologi ke dalam kurikulum sekolah dan penggunaan teknologi dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. Perubahan ini menuntut kepimpinan pentadbir, agar matlamat menjadikan sekolah berkesan dan cemerlang dapat dicapai. Kajian ini melihat amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan pen tadbir di Negeri Sembilan. Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kuantitatif, melihat kepada tiga aspek kepimpinan teknologi iaitu visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran dan amalan profesional dan produktiviti. Soal selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir telah ditadbirkan kepada 182 orang pentadbir sekolah menengah yang berkhidmat di tujuh buah daerah di Negeri Sembilan. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui pengukuran frekuensi, skor min dan peratusan; serta ujian-t dan ujian Anova satu hala pada aras kesignifikan p< 0.05. Dapatan kajian menunjukkan wujud amalan kepimpinan dalam integrasi ICT di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Namun begitu, tahap kepimpinan teknologi pentadbir-pentadbir didapati berada pada tahap sederhana. Daripada segi perbezaan minnya pula, hasil menunjukkan faktor jantina mempengaruhi aspek amalan profesional dan produktiviti pentadbir. Manakala daripada segi faktor lokasi, terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek pengajaran clan pembelajaran. Dapatan kajian juga mendapati faktor pengalaman jawatan sebagai pentadbir mempengaruhi dengan signifikan ketiga-tiga aspek kepimpinan teknologi bagi kumpulan yang berkhidmat antara satu hingga lima tahun dan kumpulan yang berkhidmat antara enam ke sepuluh tahun. Hasil kajian mendapati terdapat ruang yang perlu dipertingkatkan oleh pentadbir-pentadbir sekolah berkaitan kepimpinan dan atnalan serta produktiviti teknologi dalam mereka menghadapi perubahan teknologi. Adalah diharapkan pentadbir-pentadbir sekolah menyediakan diri dalam aspek kemahiran dan pengetahuan teknologi dan seterusnya mempertingkatkan kepimpinan teknologi di sekolah.
Actions (login required)
 |
View Item |