IAB Institutional Repository

PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK

Mohd Amin , Dawam and Khuan, Wai Bing (2008) PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (01). pp. 103-130. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Keselamatan sekolah amat perlu diberi penekanan khususnya dalam pembinaan sekolah yang memiliki persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran berkualiti. Atas kesedaran ini, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti aspek-aspek pengurusan sekolah selamat yang dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah di daerah Hilir Perak. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada Penolong Kanan HEM dan pentadbir, guru disiplin serta murid-murid Tahun Enam daripada tiga puluh buah sekolah rendah di sekitar Daerah Hilir Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada dua) bahagian. Bahagian A merupakan maklumat demografi atau latar belakang responden. Bahagian B merupakan set soal selidik yang mengandungi item-item dalam empat dimensi pengurusan sekolah selamat di sekolah rendah. Dimensi-dimensi tersebut ialah peranan guru besar dalam memastikan keselamatan diri dan harta benda warganya, peranan sekolah dalam memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif, penglibatan ibu bapa dan komuniti serta halangan atau masalah dalam usaha untuk membentuk sekolah selamat. Data dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus dan min serta statistik inferensi iaitu ujian-t dan Anova. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan sekolah selamat diamalkan secara memuaskan dan sederhana dengan tumpuan paling tinggi diberi ke atas peranan guru besar dalam memastikan keselamatan diri dan harta benda warganya. Dimensi yang paling kurang diberi tumpuan adalah dimensi penglibatan ibu bapa, komuniti dan agensi-agensi kerajaan. Sementara itu, kajian mendapati halangan-halangan kepada pengurusan sekolah selamat yang perlu diberi perhatian adalah ancaman murid-murid dan sumber kewangan dalam menjayakan program sekolah selamat. Hasil kajian turut mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara aspek-aspek pengurusan sekolah selamat daripada segi lokasi sekolah dan jenis sekolah serta status responden. Cadangan untuk peningkatan pengurusan sekolah selamat juga dikemukakan dan kajian secara mendalam mengenai keberkesanan pelaksanaan dimensi pengurusan sekolah selamat di negara ini turut dibincangkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sekolah selamat; sekolah rendah; pengurusan keselamatan pentadbir penolong kanan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Mar 2013 06:18
Last Modified: 06 Mar 2013 06:18
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/49

Actions (login required)

View Item View Item