Tay, Shirley and Irawadty, Nety and Seng, Kok Leong (2013) KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN PEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA KOTA KINABALU. Prosiding Kolokium ICT Dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 2013. pp. 81-94.
|
PDF
Download (5MB) | Preview |
Abstract
Antara fungsi penting yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah dalam era teknologi maklumat ini, ialah peranan pemimpin serta pentadbir-pentadbir sekolah dalam merealisasikan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan warga sekolah. Seseorang pemimpin itu haruslah bijak memimpin serta menjadi contoh dan teladankepada seluruh staf di bawah pimpinannya, mampu memperoleh dukungan daripada staf bawahan sehingga menggerakkan ahli-ahli bawahannya ke arah pencapaian organisasi. Dalam konteks ini, SMK Bandaraya Kota Kinabalu (SMKBKK) merupakan contoh kes dalam perbincangan ini. Kertas kerja ini bertujuan berkongsi usaha- usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbir secara kolaboratif dalam memantapkan dan meningkatkan pembudayaan ICT di SMKBKK. Perbincangan dalam kertas kerja ini memperlihatkan penggabungjalinan aplikasi teori Kepimpinan Kolaboratif dan teori ‘Distributed / Distributive Leadership’. Perbincangan bermula dengan huraian pelbagai cabaran dalaman dan luaran di SMKBKK yang perlu diharungi oleh Pengetua, Ketua Bidang Teknologi dan Vokasional dan Guru Penyelaras Bestari sekolah. Namun begitu, dengan misi ingin melaksanakan pembelajaran berkualiti secara berterusan dalam satu pasukan, pihak kami tetap berusaha mengemudikan SMKBKK ke arah melestarikan pembudayaan ICT sehingga mencapai tahap lima bintang ICT dalam penilaian SSQS (Smart Schools Qualification Standards). Usaha ini terus dimantapkan untuk memastikan markah pencapaian SSQS meningkat secara berterusan. Ini terbukti apabila SMKBKK berjaya mencapai peningkatan dalam skor SSQS iaitu, 2010: 81.0%; 2011: 86.0% dan 2012: 90.80 %. Dalam usaha melestarikan pembudayaan ICT di sekolah, salah satu aspek lagi yang membanggakan warga SMKBKK ialah kesanggupan kami memperluaskan budaya ICT sehingga ke peringkat komuniti ibu bapa di kampung-kampung iaitu tempat tinggal para pelajar SMKBKK melalui Program Outreach sekolah. Untuk memperolehi data, metodologi yang digunakan adalah berbentuk kajian deskriptif yang berasaskan tinjauan rawak. Seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar telah dipilih untuk mengkaji tahap penggunaan ICT di sekolah serta isu-isu yang dihadapi. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik SSQS dan kaedah temuduga berstruktur. Hasil temuduga dengan lima orang guru dan lima orang pelajar menunjukkan bahawa sungguhpun masih terdapat kekangan-kekangan yang menjejaskan perkembangan budaya ICT di SMKBKK, namun sumber tenaga manusia, sumber ICT serta pelbagai sumber yang sedia ada dioptimumkan untuk mencapai matlamat pembudayaan ICT.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembudayaan ICT, Distributed Leadership, Kepimpinan Kolaboratif, Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan Lestari, Program Outreach KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN PEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA KOTA KINABALU |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 3 |
Date Deposited: | 21 Dec 2015 01:29 |
Last Modified: | 21 Dec 2015 01:29 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/508 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |