Athan, Maryati and Abdul Rahim, Abdul Razak and Gurusamy, Thilagam
(2016)
PROGRAM LATIHAN 2016
TRAINING PROGRAMMES 2016.
IAB, MALAYSIA, INSTITUT AMINUDDIN BAKI.
ISBN 9789839479713
Abstract
Sistem pendidikan di era globalisasi kini
memerlukan pemimpin pendidikan yang
memiliki kemahiran, berpengetahuan
tinggi, serta berpegang teguh kepada
integriti dalam usaha merealisasikan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Rentetan daripada itu, Institut Aminuddin Baki (IAB)
sebagai institusi yang telah diamanahkan untuk
mengurus dan mengendalikan program latihan untuk
kepimpinan pendidikan, telah menyediakan kursuskursus
yang bersesuaian dengan pembangunan
kompetensi pemimpin pendidikan di Malaysia.
Buku Program Latihan 2016 ini diterbitkan bertujuan
untuk memberikan maklumat dan panduan kepada
pemimpin sekolah yang bakal mengikuti kursus di
IAB. Pemilihan kursus-kursus boleh dibuat selaras
dengan keperluan sekolah. Besar harapan kami agar
kursus yang diikuti akan dapat memberi manfaat
kepada peserta bagi mempertingkatkan kecekapan
pengurusan kepimpinan pendidikan selaras dengan
hasrat yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan (PPPM 2013 - 2025).
Maklumat dan Takwim kursus dalam buku ini
dirancang untuk tujuan pelaksanaan pada tahun 2016
dan disusun berdasarkan kompas kompetensi yang
diperlukan oleh pegawai pendidikan dan pemimpin
sekolah bagi pelbagai jenis kursus jangka pendek
di bawah Pembangunan Profesional Berterusan
(Continuos Professional Development – CPD) dan
kursus jangka panjang seperti NPQEL. Selain itu,
sinopsis kandungan kursus ditulis secara ringkas supaya
bakal peserta mendapat gambaran tentang jenis-jenis
kursus yang ditawarkan dan kompetensi yang mereka
perlu bangunkan bagi menjayakan PPPM.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua
pihak terutama wakil-wakil Pusat dan Cawangan IAB
serta Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan yang
terlibat dalam penerbitkan Buku Program Latihan 2016
ini. Saya berharap agar segala kerjasama dan komitmen
kerja warga IAB ini akan terus berkekalan
Sekian, terima kasih.
HJH. SERINA BINTI SAUNI
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Actions (login required)
 |
View Item |