IAB Institutional Repository

REAKSI GURU TERHADAP PENILAIAN PRESTASI

Mohammed Sani , Ibrahim and Bity Salwana, Alias (2009) REAKSI GURU TERHADAP PENILAIAN PRESTASI. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 19 (01). pp. 45-80. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (3MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengemukakan cadangan berkenaan kriteria dan kitaran penilaian prestasi yang lebih sesuai untuk guru. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan soal selidik. Indeks kebolehpercayaan bagi item-item soal selidik adalah antara 0.8285 hingga 0.8857. Sejumlah 1000 orang guru sekolah menengah di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak terpilih secara rawak mudah sebagai responden. Data dianalisis melalui pmgram SPSS PC 11.0 for Windows. Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. ANOVA satu hala diaplikasikan untuk melihat sekiranya wujud perbezaan reaksi di kalangan guru dari pelbagai zon. Statistik inferensi (pekali korelasi Pearson) dipilih bagi mengkaji hubung kait antara pemboleh ubah. Bagi menjawab persoalan kajian pertama, majoriti didapati dapat menerima kriteria penilaian prestasi yang diguna pakai dalam Borang J.P.A. (Prestasi) 2/96 (min 4.31). Bagi menjawab persoalan kajian kedua, didapati majoriti guru tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan penilaian yang telah dilaksanakan (min 2.43). Bagi menjawab persoalan kajian ketiga, didapati majoriti guru berpandangan penilaian prestasi masih memerlukan pengubahsuaian (min 3.81). Hipotesis nul Ho2 dari persoalan kajian keempat didapati tidak benar dan ditolak. Min reaksi terhadap kriteria penilaian prestasi bagi guru zon selatan didapati berbeza dengan min reaksi bagi guru zon Sabah dan Sarawak. Hipotesis nul Ho2 dari persoalan kajian kelima didapati tidak benar dan ditolak. Min reaksi guru terhadap pernyataan positif dan pernyataan negatif tentang penilaian prestasi bagi guru zon selatan didapati berbeza dengan min reaksi bagi guru zon Sabah dan Sarawak. Hipotesis nul Ho3 dari persoalan kajian keenam didapati benar dan diterima. Min reaksi terhadap aspek-aspek yang perlu untuk meningkatkan keberkesanan penilaian prestasi dalam kalangan guru pelbagai zon didapati tidak berbeza. Hipotesis nul Ho4 daripada persoalan kajian ketujuh didapati tidak benar dan ditolak. Terdapat hubung kait antara skor guru pada pelbagai tahap prestasi dengan skor reaksi guru terhadap kriteria penilaian prestasi. Hipotesis nul Ho5 daripada persoalan kajian kelapan didapati benar dan diterima. Skor guru pada pelbagai tahap prestasi didapati tidak mempunyai hubungkait dengan skor reaksi terhadap positif dan penyataan negatif tentang penilaian prestasi. Hipotesis nul Ho6 daripada persoalan kajian kesembilan didapati benar dan diterima. Skor guru pada pelbagai tahap prestasi didapati tiada hubungkait dengan reaksi terhadap aspek-aspek yang perlu untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan penilaian prestasi. Dapatan kajian telah membantu pengkaji menghasilkan cadangan berkaitan dengan kriteria penilaian yang lebih sesuai untuk menilai prestasi guru. Kitaran penilaian prestasi dihasilkan bagi memberi panduan tentang pelaksanaan penilaian prestasi yang lebih sistematik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: penilaian prestasi; guru; reaksi guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Mar 2013 08:04
Last Modified: 06 Mar 2013 08:04
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/53

Actions (login required)

View Item View Item