SALLEHA, MOHAMED
(2001)
HUBUNGAN TINDAKAN KUMPULAN AWAL REMAJA TERHADAP SITUASI SOSIAL YANG BERMASALAH DENGAN PENGETAHUAN KEPERCAYAAN AGAMA MEREKA.
In: SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN KALI KE-10,, 30 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2001, IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS.
(Submitted)
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mecari kemungkinan adanya hubungan antara Pengetahuan, Kepercayaan dan Komitmen Agama golongan awal remaja dengan cara mereka bertindak dalam situasi sosial yang bermasalah. Subjek terdiri 38 kanak-kanak lelaki dan 45 kanak-kanak perempuan yang berusia antara 12 dan 16 tahun dari 3 buah sekolah di Perth iaitu sekolah Muslim (M), sekolah Kristian (C), dan sekolah kerajaan (S) yang tidak diberi pendidikan agama. (i) Pengetahuan agama, kepercayaan dan komitmen kanak-kanak awal remaja ini diukur dengan menggunakan Gilcomston Belief Questionnaire (GBQ[a]) yang telah ditambah item untuk menampung unsur-unsur islam. (ii) Early Adolescent Social Skills Informal Rating Matrix (EASSIRM) telah digunakan oleh penyelidik untuk guru menilai kemahiran sosial subjek-subjek remaja itu dalam 16 situasi social bermasalah yang biasa dihadapi oleh mereka di sekolah. (iii) Subjek juga diberi peluang melapor tindakan mereka secara bebas kepada lima lakonan video situasi social bermasalah yang dipilih daripada 16 situasi yang terdapat dalam EASSIRM itu. Jawapan mereka dinilai berpandu kepada jawapan yang terdapat pada EASSIRM asal.
Actions (login required)
 |
View Item |