IAB Institutional Repository

PERANAN KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT KE ATAS SEKOLAH AGAMA RAKYAT: SUATU KAJIAN MASALAH PENGURUSAN BERSAMA TERHADAP PEMILIKAN KUASA

Azizi , Umar and Supyan , Hussin (2008) PERANAN KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT KE ATAS SEKOLAH AGAMA RAKYAT: SUATU KAJIAN MASALAH PENGURUSAN BERSAMA TERHADAP PEMILIKAN KUASA. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (02). pp. 19-40. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia banyak dibantu oleh pihak berkuasa negeri dan Pusat dalam mentadbir dan menguruskan perjalanannya agar lebih baik daripada sedia ada. Daripada segi sejarahnya, sejak awal penubuhan di bawah kelolaan masyarakat tempatan. Bagaimanapun oleh kerana terdapat beberapa kelemahan yang ketara, pihak berkuasa telah memutuskan untuk mengambil alih SAR. Perkembangannya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat menyebabkan kerajaan negeri terus memikul tanggungjawab tersebut. Tetapi, kekangan kewangan negeri telah merencatkan perkembangan SAR. Lantaran itu, kerjasama kerajaan pusat sangat diperlukan oleh kerajaan negeri agar SAR berkembang seiring dengan arus pendidikan perdana. Kertas ini membincangkan masalah pengurusan SAR yang timbul dalam kerjasama kerajaan negeri dan Pusat. Dapatan bagi kajian ini dikutip melalui temu bual dengan pegawai-pegawai kerajaan pusat dan negeri di bahagian pendidikan termasuk juga pengetua dan pentadbir sekolah. Antara penemuan kajian ini ialah perselisihan pentafsiran dalam memahami pemilikan kuasa dan tiada penentuan yang jelas dalam menyelaraskan peranan masing-masing. Perselisihan pentafsiran telah berlaku dalam penentuan kuasa lembaga pengelola, kuasa penyelarasan, kuasa pentadbiran dan perlantikan, kuasa agama dan pendidikan. Ketiadaan komitmen untuk penyelarasan ini boleh membawa kepada kegagalan untuk memajukan SAR pada masa depan dan la tetap akan berada pada takuk lama. Keadaannya nanti akan menimbulkan konflik pemilikan kuasa berterusan. Mangsa utama konflik ini ialah pelajar dan masa depan guru-guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sekolah agama rakyat, SAR, kerajaan negeri, pusat
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 07 Mar 2013 01:15
Last Modified: 07 Mar 2013 01:15
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/57

Actions (login required)

View Item View Item