Azman, Mohd Nor @ Harun (2016) KOMITMEN ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA PEGAWAI DAN KAKITANGAN SOKONGAN: SATU KAJIAN DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU TERENGGANU. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 29 Bil. 01 • OGOS 2016, 29 (1). pp. 26-34. ISSN 1511-4147
![]() |
PDF
Download (363kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara komitmen organisasi dengan prestasi kerja dalam kalangan pegawai dan kakitangan sokongan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Kajian ini melibatkan analisis data secara deskriptif dan inferensi. Sebanyak 54 borang soal selidik telah diedarkan dan kesemuanya dikembalikan kepada pengkaji untuk dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 16.0. Teknik analisis deskriptif dan inferensi seperti Ujian-t,Ujian Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan Korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji sebanyak tujuh hipotesis yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi komitmen organisasi bagi faktor demografi jantina dan umur. Namun bagi faktor demografi kumpulan jawatan dan taraf jawatan, ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Dapatan kajian hubungan dimensi komitmen sikap dan perasaan, tanggapan dan keinginan kekal bekerja terhadap organisasi dengan prestasi kerja, menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif pada tahap sederhana (r=0.57) Bagi dimensi sikap dan perasaan, hubungan signifikan positif yang rendah (r=0.41) Bagi dimensi tanggapan dan hubungan tidak signifikan negatif yang sederhana (r=-0.66) Bagi dimensi keinginan kekal bekerja terhadap organisasi. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap komitmen organisasi dan prestasi kerja pegawai dan kakitangan sokongan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Kata kunci: Demografi, Sikap dan Perasaan, Tanggapan, Keinginan Kekal Bekerja, Signifikan, Hubungan Positif, Hubungan Negatif, Tahap Sederhana, Tahap Rendah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 29 Bil. 01 • OGOS 2016, KOMITMEN ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA PEGAWAI DAN KAKITANGAN SOKONGAN: SATU KAJIAN DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU TERENGGANU |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 3 |
Date Deposited: | 13 Jun 2017 01:44 |
Last Modified: | 13 Jun 2017 01:44 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/604 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |