Zulkifly, Osman and Ishak , Yussof and Zainizam , Zakariya
(2007)
HALA TUJU DAN CABARAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010).
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (02).
pp. 153-170.
ISSN 1511-4147
Abstract
Sebelum krisis ekonomi 1997, wujud permintaan yang begitu tinggi terhadap graduan lulusan universiti dalam pelbagai bidang pengajian. Selari dengan ini,pendidikan tinggi negara turut berkembang pesat. Antara transformasi penting bagi memesatkan perkembangannya ialah melalui pemendekkan program pengajian di institusi pengajian tinggi dan galakan penubuhan lebih banyak universiti baru termasuk universiti milik swasta. Malangnya selepas krisis, ramai siswazah mendapati semakin sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sekali gus, bilangan siswazah menganggur meningkat secara mendadak. Beberapa siri kajian yang telah dijalankan berhubung dengan isu ini membayangkan bahawa ianya kemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem pendidikan tinggi negara bagi memenuhi keperluan pasaran, khususnya dari aspek kualiti.Ini sebenarnya merupakan salah satu daripada cabaran utama yang perlu ditempuh dalam perancangan dan pembangunan pendidikan tinggi negara. Pasti sekali banyak lagi cabaran lain. Untuk mengenalpasti cabaran-cabaran tersebut,maka artikel ini akan cuba menilai secara deskriptif arah tuju( perkembangan sistem pendidikan tinggi negara semasa dan pada masa hadapan seperti yang direncanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Didapati antara cabaran lain yang begitu mendesak ialah isu pendemokrasian, kecapaian, pembiayaan dan kualiti program pengajian yang ditawarkan.
Actions (login required)
 |
View Item |