IAB Institutional Repository

KEPIMPINAN BERINOVASI PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA DENGAN INTEGRASI TEKNOLOGI GURU

Mohd. Izham, Mohd. Hamzah, and Fathiyah, Mohd Kamaruzaman and Wan Nor Fadriah, Wan Idris (2016) KEPIMPINAN BERINOVASI PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA DENGAN INTEGRASI TEKNOLOGI GURU. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016, 30 (2). pp. 43-53. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (296kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan berinovasi dalam kalangan pentadbir dari aspek mengilhamkan, mencipta dan menghubungkan inovasi. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara kepimpinan berinovasi pentadbir dengan integrasi teknologi guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dengan melibatkan 260 orang guru dan 48 orang pentadbir di tujuh buah sekolah menengah teknik di negeri Selangor. Soal selidik kepimpinan berinovasi yang digunakan adalah direka bentuk berasaskan Model Kepimpinan Berinovasi Jolly. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan berinovasi pentadbir dari aspek mengilhamkan, mencipta dan menghubungkan inovasi berada pada tahap yang tinggi (min=3.94). Kepimpinan berinovasi dari aspek mengilhamkan inovasi berada pada tahap paling tinggi (min = 4.10). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan berinovasi pentadbir integrasi teknologi guru. Kesimpulannya, kepimpinan berinovasi pentadbir berada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan tahap kesediaan pentadbir dan guru untuk melaksanakan budaya inovasi. Implikasi kajian ini, pentadbir sekolah dan guru perlu tahu mengurus, menghadapi, menangani dan mengadaptasi perubahan serta inovasi yang berlaku ke arah pembentukan pelajar yang harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016 ,KEPIMPINAN BERINOVASI PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA DENGAN INTEGRASI TEKNOLOGI GURU
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 13 Jun 2017 02:23
Last Modified: 13 Jun 2017 02:23
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/611

Actions (login required)

View Item View Item