IAB Institutional Repository

PENGARUH BIMBINGAN SCHOOL IMPROVEMENT PARTNER (SIPARTNER) TERHADAP PENCAPAIAN SEKOLAH: KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SEBAGAI MEDIATOR

Kunalan, Kuriaya (2016) PENGARUH BIMBINGAN SCHOOL IMPROVEMENT PARTNER (SIPARTNER) TERHADAP PENCAPAIAN SEKOLAH: KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SEBAGAI MEDIATOR. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • OGOS 2016, 30 (2). pp. 55-71. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (282kB)

Abstract

School Improvement Partner (SIPartner) dilaksanakan di bawah program penambahbaikan sekolah atau School Improvement Program (SIP) telah menjadi fokus pelaksanaan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Program ini telah bermula pada tahun 2010 di bawah transformasi negara sebagai salah satu agenda bidang keberhasilan utama (NKRA). Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bimbingan SIPartner terhadap pencapaian sekolah. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada Kepimpinan Pengetua sekolah menjadi mediator terhadap hubungan di antara bimbingan SIPartner dengan pencapaian sekolah. Seramai 182 orang pengetua dari sekolah menengah di negeri Sabah menjadi responden kajian ini. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi dari Swaffield (2013). Data kajian dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical (SPPS) Versi 21. Keputusan analisis menunjukkan bahawa bimbingan SIPartner (β=.550, p<0.05) dan kepimpinan pengetua (β=.853, p<0.05) memberi kesan secara positif terhadap pencapaian sekolah dengan menjelaskan sejumlah 30. 3 peratus varians dan 85.3 peratus varians. Selain itu, bimbingan SIPartner (β=.653, p<0.05) juga memberi kesan langsung yang positif terhadap kepimpinan pengetua dengan menyumbang sebanyak 42.6 peratus varians. Manakala kepimpinan pengetua bertindak sebagai mediator terhadap hubungan antara bimbingan SIPartner dengan pencapaian sekolah. Kesimpulannya program SIPartner yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah didapati dapat mengupayakan kepimpinan pengetua sekolah untuk meningkatkan pencapaian sekolah

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • OGOS 2016, PENGARUH BIMBINGAN SCHOOL IMPROVEMENT PARTNER (SIPARTNER) TERHADAP PENCAPAIAN SEKOLAH: KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SEBAGAI MEDIATOR, Bimbingan SIPartner; kepimpinan pengetua; pencapaian sekolah
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 13 Jun 2017 02:24
Last Modified: 13 Jun 2017 02:24
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/612

Actions (login required)

View Item View Item