Shahrin, Alias (2016) KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016. pp. 73-92. ISSN 1511-4147
![]() |
PDF
Download (365kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan di mana satu set soal selidik merupakan instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Seramai 396 orang guru sekolah menengah kebangsaan terlibat sebagai responden kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS dan AMOS-SEM telah digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dan tahap efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi. Hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dan efikasi kendiri guru adalah signifikan, positif dan sederhana kuat di mana dimensi mengurus program instruksional merupakan peramal utama kepimpinan instruksional dalam menggalakkan efikasi kendiri guru. Akhirnya, model hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dan efikasi kendiri guru berjaya dibangunkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016, KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH, Kepimpinan Instruksional, Efikasi Kendiri Guru, Kepimpinan Sekolah |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 3 |
Date Deposited: | 13 Jun 2017 02:25 |
Last Modified: | 13 Jun 2017 02:25 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/613 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |