IAB Institutional Repository

AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENGETUA: KAJIAN KES PEMBUKAAN SEKOLAH BAHARU DI SMK SRI LAYANG

Jamelaa Bibi, Abdullah and Normala, Ahmad (2016) AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENGETUA: KAJIAN KES PEMBUKAAN SEKOLAH BAHARU DI SMK SRI LAYANG. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016, 30 (2). pp. 93-106. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (453kB)

Abstract

Peranan pengetua sebagai pemimpin menjadi elemen utama memastikan keberhasilan murid apatah lagi bagi sekolah yanag baharu dibuka. Kepimpinan pengetua yang mantap diperlukan bagi memastikan sekolah baharu dibuka dapat ditadbir dan dipimpin dengan baik. Pengetua merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan kepimpinan selain aspek pengurusan di sekolah berjalan dengan lancar mengikut akta dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Disamping itu core business utama seorang pendidik iaitu guru mengajar dan murid belajar mesti berjalan bermula hari pertama persekolahan. Justeru, satu kajian yang bertujuan meninjau amalan kepimpinan pengetua SMK Sri Layang sepanjang enam bulan pertama sekolah dibuka telah dijalankan. Kajian ini telah menggunakan gabungan Standard Kepengetuaan Sekolah-sekolah Malaysia (SKSSM, 2006), model kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy (1985), model kepimpinann situasi oleh Hersey dan Blanchard (2001) dan model kepimpinan autentik Ilies et al., (2005) sebagai kerangka asas kajian. Kajian dijalankan secara kualitatif melibatkan sesi temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi kutipan data dengan melibatkan seramai 5 orang responden iaitu pengetua, dua orang guru penolong kanan, seorang kaunselor dan seorang guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan pengetua SMK Sri Layang adalah disesuaikan mengikut tiga fasa utama iaitu amalan kepimpinan instruksional dan situasi bagi fasa tadbir urus, amalan kepimpinan instruksional, situasi dan autentik bagi fasa membina kepercayaan dalaman dan fasa jalinan komuniti. Kajian ini dapat menjadi petunjuk awal kepada pembinaan model yang mantap bagi amalan kepimpinan sekolah baharu

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016, AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENGETUA: KAJIAN KES PEMBUKAAN SEKOLAH BAHARU DI SMK SRI LAYANG, Kepimpinan pengetua, sekolah baharu
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 13 Jun 2017 02:27
Last Modified: 13 Jun 2017 02:27
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/614

Actions (login required)

View Item View Item