Mat Kilau,, Idris
(1997)
GEJALA PONTENG SEKOLAH ANTARA PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH.
Other thesis, Universiti Utara Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk (a) mencari perhubungan di antara empat pembolehubah bebas dengan kejadian ponteng sekolah di kalangan pelajar Tingkatan Empat dan (b) menentukan di antara keempat-empat pembolehubah itu yang manakah lebih bersifat mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah. Empat aspek yang dikaji adalah faktor sekolah, masalah diri pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor persekitaran.
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan Empat yang sememangnya mempunyai rekod ponteng sekolah daripada enam belas buah sekolah menengah di Daerah Hilir Perak. Persampelan adalah terdiri daripada 120 orang pelajar. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual. Satu kajian rintis telah diadakan untuk mengkaji kesahan soal selidik (Cronbach's Alfa=0.7712). Data dianalisis mengikut kaedah statistik taburan, korelasi dan regrasi dengan menggunakan software SPSS Version 7.5.
Keputusan kajian menunjukkan masalah diri pelajar dan persekitaran adalah merupakan faktor yang paling dominan dan mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah bagi pelajar-pelajar di Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan.
Actions (login required)
 |
View Item |