Sazali, Yusoff and Rusmini , Ku Ahmad and Abang Hut, Abang Engkeh and Zamri, Abu Bakar
(2007)
PERKAITAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP SEKOLAH BERKESAN.
Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (02).
pp. 105-120.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka perkaitan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan sekolah berkesan. Sekolah berkesan diukur dengan pembolehubah-pembolehubah efikasi kolektif guru, kompetensi guru dan iklim organisasi sekolah. Sampel seramai 104 orang guru daripada 12 buah sekolah rendah dalam daerah Kubang Pasu, Kedah yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen Principal Instructional Management Rating Scale—Teacher Form Versi 2 (Hallinger; 2000), Skala Efikasi Kolektif, CES (Goddard, 2001), Teacher Competency (Rusmini,2006) dan Inventori Kesejahteraan Sekolah - Rendah (OHI-E) (Hoy, Tarter, & Kottkamp, 1991) ditadbirkan ke atas guru-guru. Teknik 'Structural Equation Modeling' digunakan bagi mencari perkaitan antara kepimpinan instruksional dengan ciri-ciri sekolah berkesan dengan menggunakan program AMOS. Manakala statistik min dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur dimensi-dimensi kepimpinan instruksional. Hasil kajian menunjukkarn kepimpinan instruksional guru besar mempunyai perkaitan yang signifikan dengan iklim sekolah (r=.74, p<.05), efikasi kolektif guru (r=.09, p<.05) dan kompetensi guru (r=.18, p<.05). Juga didapati bahawa guru besar dalam sekolah kajian menunjukkan mereka mengamalkan prinsip-prinsip kepimpinan instruksional dengan balk seperti yang ditunjukkan oleh skor min dan sisihan piawai bagi setiap dimensi kepimpinan instruksional iaitu ‘penetapan matlamat sekolah’ (X=4.03, s=.71), ‘hebahan matlamat sekolah' ( X=4.06, s=.62), `menyelia dan menilai pengajaran' (X=3.90, s=.60), `mengelola kurikulum' (X=.395, s=.61), `memantau kemajuan murid’ (X=3.84, s=.63), `melindungi masa pengajaran' (X=3.62, s=.71), ‘sentiasa kelihatan' (X=3.46, s=.72), ‘memberi insentif kepada guru' (X=3.48, s=.72), `menggalakkan pembangunan profesional’ (X=3.89, s=.68), dan `memberi insentif kepada murid' (X=3 .84 , s=.72). Skor maksimum bagi setiap dimensi ialah 5 dan minimum 1.
Actions (login required)
 |
View Item |